Monday, November 5

Penantian.


* Hey Liam!






Aku.


Diam membisu,
Berkata bila perlu,
Melihat sambil membatu,
Kerana sering rasa diri serupa hantu,
Yang sering mengganggu kehidupan bahagia kamu,
Bila dia cuba mendekati aku,
Aku lari beribu batu,
Bila dia senyum padaku,
Hati gelisah rasa tidak menentu.
Aku keliru.


Dia.


Melihat aku dari sana,
Terpikat padaku kata dia,
Aku kurang percaya,
Kerana ku fikir lelaki sama sahaja,
Dia masih terus berusaha,
Kata dia sabar itu banyak habuannya,
Terkadang hati bertanya,
Adakah dia juga ingin cuba menyakitkan hati yang semakin lara,
Dan seringkali membuat diri ini terluka.


Tak ada bait kata yang seolah mengeri aku,
Ada hati yang semakin dekat pada aku,
Ada juga hati yang semakin jauh dari aku,
Mendongak buat aku rasa malu,
Antara masa depan dan masa lalu,
Jika aku ini adalah niatmu,
Aku akan jadikan kamu hasratku,
Gapai tangan aku,
Bawa aku lenyap dari dunia dulu.




P/S : Imbas Masa Lalu. Hilanglah Gelodak Hati.

Love The Live I'm Living ^^,