Monday, November 5

Penantian.


* Hey Liam!






Aku.


Diam membisu,
Berkata bila perlu,
Melihat sambil membatu,
Kerana sering rasa diri serupa hantu,
Yang sering mengganggu kehidupan bahagia kamu,
Bila dia cuba mendekati aku,
Aku lari beribu batu,
Bila dia senyum padaku,
Hati gelisah rasa tidak menentu.
Aku keliru.


Dia.


Melihat aku dari sana,
Terpikat padaku kata dia,
Aku kurang percaya,
Kerana ku fikir lelaki sama sahaja,
Dia masih terus berusaha,
Kata dia sabar itu banyak habuannya,
Terkadang hati bertanya,
Adakah dia juga ingin cuba menyakitkan hati yang semakin lara,
Dan seringkali membuat diri ini terluka.


Tak ada bait kata yang seolah mengeri aku,
Ada hati yang semakin dekat pada aku,
Ada juga hati yang semakin jauh dari aku,
Mendongak buat aku rasa malu,
Antara masa depan dan masa lalu,
Jika aku ini adalah niatmu,
Aku akan jadikan kamu hasratku,
Gapai tangan aku,
Bawa aku lenyap dari dunia dulu.




P/S : Imbas Masa Lalu. Hilanglah Gelodak Hati.

Love The Live I'm Living ^^,

Monday, September 17

Berpulun For Future.




Selamat Hari Malaysia  guys :)

Boleh tak kalau tak nak buat pendahuluan ke, mukadimah ke, sekapur sirih bagai ke? kira lepas bagi salam terus main point. kira boleh la kan. hahahaha..

Sebenarnya situasi aku sekarang nie bagai tersepit di celah-celah onar demi meneruskan hidup sebagai seorang hamba tuhan, gadis  dan student form 3.*guys i'm only fifteen okey. got it? good..

Nak dijadikan citer, disebabkan aku ialah pelajar form 3 dalam group gred khas, dan tinggal another 22 days untuk PMR, maka penatnya wallahualammm..

Sedang rakyat Malaysia  semua sedap membuta ditengah malam, aku pon join. Hahahaha dan ianya akan menjadi satu magic kalau aku stay up malam untuk buat revision. Aku nie jenis tidur ikut jadual. kalau lambat sikit tidur maka esoknya di dalam kelas aku akan berpulun makan gula-gula dengan banyaknya.

*Merdeka Raya bersama cikgu Handsome saya :)



Maka terimalah kepadatan hidupku,

yang lepas-lepas: Teknik Menjawab soalan for 7subject
dua minggu lepas : Gerak Gempur, one subject 7hours.
coming soon : activities  for 10 top student (I hope will be in that group, insyallah)
everyday: extra class.
22 days ago : PMR

haaaa, hebat kan. korang ada? =..=' so pasni jangan tanya kenapa blog nie takde perkembangan.

Dalam masa yang sama pulak, macam-macam masalah nak datang. Tak dijemput pulak tu. ishhh .. sometimes aku terfikr, bilalah nak habis PMR nie.. tak sabar nak terbang~

Jadi dengan lappy di depan mata, dan bakal homework di sebelah. aku sudahi entry cabuk nie dengan wassalam.Aku harap usaha yang tak berbelah bagi nie, tak sia-sia.
Doakan aku tau!

keys off!
as da name given,
Fifa~

Love The Live I'm Living ^^,

Friday, July 20

Ku Titipkan Agar Kau Mengerti.

Hye kau, kau ,kau dan kau.
Miss me? Yeah I know *Muntah
Hahaha, aku tau aku dah semakin malas nak usik blog cincai aku nie kan. Dah bertaun rasanya blog ini ditinggalkan *Tipu -_-

Macam biasa, idea aku selalu kering time nak menulis.
Aku cuma nak titip pesan je dekat separuh.setengah.semua mereka itu.

ehemmmmmmmmmmmm.

Buat korang, teman main,gelak tawaku.
Aku titip pesan ini agar kau mengerti.
Apabila masa itu sampai, tolong jgn ditangisi.

Buat kau yang bernama Stenly,
Aku dah anggap kau mcm abang aku.
Aku tau kau tinggi, setinggi ego kau.
Teruskan ke depan.
Masa lalu tu harus kau ingati, cuma aku harap pahit itu, kau jadikan pengajaran.
Bukan aku pinta kau lupakan dia,dan mereka.
Cuma aku ingatkan Fizik Kimia Add math itu penting untuk kau ke masa depan.
Aku harap kau juga boleh membawa bidadari ke masa depanmu nanti.

Sayangku, kak Azrieda.
kau tahukan betapa rasa sayang ini maju kedepan sejak hari itu.
dengan kau, aku rasa selamat dalam dakapan seorang teman, kakak, pendengar.
Mereka itu boleh jadi pendorong, tapi kadang boleh juga jadi penghancur.
Dia,dia,dia dan dia akan menuggu kamu jika sayang mereka itu tulus.
Terima kasih kerana menjadi seorang kakak yang baik kpdaku walaupun darah kita tak bersatu.
Doa ku kau selamat walau di ceruk mana pun aku tercampak,dicampak nanti.

Tikah, kwn.
aku diamanah utk lindungi kau.
setiap kata putus kau aku harap itu tulus dari lubuk hatimu yang paling dalam.
Sabarlah dengan setiap ujian itu, kerana belakangnya pasti ada habuan.
jangan terluah, simpan simpan sikit air matamu itu.
Aku perhatikau jauh dari sini. Tenanglah .

Dan buat kau sahabat setiaku, Haziq.
sekarang kau semakin matang, semakin mengerti.
Kau seorang yang tabah hadapi hari.
Kenangan lalu kau habis kau usir pergi.
Tolonglah kawan, ajar aku supaya menjadi sekental kau untuk melupakan dia.
Tolong hapuskan airmataku ini, kala ia tak tahan berdiri.
Berteman sama kau, buat aku mengerti,
Semua itu tak ke mari, kalau aku hanya duduk sendiri.

Akhir, buat seorang yang bernama aku.
Tolong tenangkan diri, tabahkan hati kecilmu.
Percaya pada ketentuan.
Apa nak takut, teruskan berjalan.
Tunggu saja apa yang datang.

p/s: Buat semua yang berada di muka bumi tuhan yang bulat ini, salam Ramadhan Al Mubarak ku ucapkan .





Love The Live I'm Living ^^,

Wednesday, June 6

Spontaneous Wednesday





11.17 p.m, Wednesday.

Me:   Kau Ngantok ea? Takpelah Tido je, Tak kisah.
Anonymus:   Tapi aku Kesah, Sebab I miss Kat Kau.
Me:   Hahahaha appreciate that.. :D
Anonymus:   Untuk Aku tak de ke?
Me:    K, miss kau gak doe.hahaha


p/s: Tapi serious, aku rindu semua kawan kawan aku cuti nie.
sorry sebab entry nie langsung tak der motif. peace ^^v


#FL



Love The Live I'm Living ^^,

Tuesday, June 5

Life easy buzzy lemon squeeze





Hye and Assalamualaikum. :D


people, life will be easy if we follow this simple rules.
Rules will not burden your life. 
Just follow the flow, and insyallah you will'be succes in the future.




By the way, you need to know one more important rules 

RESIGNATION, PATIENCE and TRUST

insyallah, we will get what we want.  

p/s: I believe in this word
            " what Doesn't kill you make You STRONGER "

#FL

Love The Live I'm Living ^^,

Monday, June 4

Andai Awak Tahu



Andai Awak Tahu,
Apabila seorang lady itu jatuh cinta,
Lelaki itu tak semestinya punya segalanya,
Tetapi, awak tahu tak,
Lelaki itu adalah segalanya di hati Dia.

Andai Awak Tahu,
Apabila gugurnya air mata seorang lady itu,
Tak bermaksud dia lemah,
Tetapi, dia sedang mencari kekuatan untuk kekal tabah mencintai awak.

Andai awak tahu,
Pabila seorang lady itu meminta awak untuk berubah,
Bukan dia tidak menerima awak seadanya,
Tetapi dia mahu menjadikan awak lebih baik.

Andai awak tahu,
Apabila merajuknya seorang lady itu,
Dia bukan mahu dipujuk dengan material,
tetapi cukup dengan perhatian awak  yang boleh buat dia rasa dihargai

Andai awak tahu,
Bila seorang lady  itu mengatakan dia rindu,
Dia benar-benar maksudkannya.


#FL

Love The Live I'm Living ^^,

Wednesday, May 30

Normal Merindu


Hadirnya aku disini untuk meleraikan rasa hati.
Dunia ini, 
Akan sunyi tanpa manusia yang mengisi hari,
Kosong tanpa igauan gagak mencari rezeki,
Juga sepi jika tiada teman di hati.

Tapi, 
Tidak ku peduli gagak-gagak hitam itu,
Tidak ku kesah manusia yang mengejar lewat waktu,
Namun,
Hilangnya teman di hati,
Melahirkan rasa seulit sepi,
Menjadikan hari perlahan berganti.

Arghh, aku benci rasa ini!
Benci rasa yang menjadikan hari menjadi mimpi ngeri.
Benci rasa yang membuatkan aku lemah berdiri.
Benci rasa yang membuat aku menangis sendiri.

Kau,
Aku senang dengan sinar perubahan kau yang baharu.
hatiku girang melihat kau murah senyum lagi :)


Kau,
Tolonglah,
Simpan sikit rasa prihatin kau tu saat kau di sebelahku.
Tolong simpan sedikit lawak tawa kau saat kau bersamaku.
Bukan aku menghindar senyum itu,
Cuma,
Aku takut senyum itu akan menjadikan aku tak tentu arah.
Takut juga senyum itu akan jadikan aku seorang penjenayah yang terlalu ingin mencuri hati kau.
Tolonglah..
Hati aku terasa berbelah bahagi sangat ni.
Memang, aku tak mampu menghindar rasa itu.
Rasa yang aku alami dua tahun lalu.
Dan aku tak mahu sejarah patah hati beberapa bulan lalu berulang lagi.

Satu pintaku,
Tolong jangan pernah pergi,
Jangan pergi saat aku perlukan teman bicara,
Saat aku butuhkan bahu menahan esakku.
Dan saat aku menghabiskan waktuku di bumi kelahiranmu.

Cuti ini,
Mengajar aku yang aku juga mempunyai derita,
Derita Merindumu.

 p/s : Luahan Diatas tiada kena mengena dengan batang hidung Tuan Blog yang comel :) *terjun banggunan ramai-ramai
# SUPER A

Love The Live I'm Living ^^,

Friday, April 27

Walking Like A Dream - Yuna






I... love you...
Like, like, like, like, like, like I said I would...
I'll... take care... of you...
Like, like, like, like, like, like I said I would

You walk in like a dream...
Sending butterflies to my tummy
I don't want you to leave...
Cause I need, I need, I need you to be with me

Cause music sounds...
Better, better, better when I'm with you...
Oh my love
I'll never, never, never let go of you

I'll be there...
Like, like, like, like, like, like I said I would...
I... will stand... by you
Like, like, like, like, like, like I said I would

You walk in like a dream...
Sending butterflies to my tummy
I don't want you to leave...
Cause I need, I need, I need you to be with me

Cause music sounds...
Better, better, better when I'm with you...
Oh my love
I'll never, never, never let go of you
(Repeat twice)

Da, da, da, da, da, da
Da, da, da, da, da, da
Da, da, da, da, da, da, da...


p/s: hey, How they make this thing ha? It's really  AWESOMEto me :) The Sparkle Project

Love The Live I'm Living ^^,

Friday, April 13

Contest ke-2 by aien story -Contest Senyuman Menawan Hati (^^,)






Hye people. Happy weekend :)
weeeeeeeeeee korang nampak tak banner kat atas? nampak tak nampak tak? 
tu banner satu contest tu. Contest senyuman menawan hati by my friend An QistNa
So aku ingat nak masuk jugak la contest nie. 
Jadi dengan sukacita dan bangganya , aku mempetaruhkan dua gambar ini ::



ini dan 



Korang rasa boleh menawan hati tak? kiraa boleh la kan ..
hahaha

Blogger yang aku tag dalam entry nie:


Kalau korang minat, korang pon boleh sertai contest nie.
#FL

Love The Live I'm Living ^^,

Friday, April 6

Poem festival | Samarahan


walau aku hanyalah seorang pelapis di arena ini.
Dan walaupun pada awalnya, hati aku langsung tidak tertarik pada bidang ini.
Namun, satu aura telah menarik aku atas sebab bahasa dan kelembutannya.
Aku tidak lah selembut mana, tapi ___________________ (pktaan mestilah tak lebih patbelas pktaan)
Alhamdullilah berkat usaha doa berpanjangan aku dan ahli team,'
Allah memberi kami peluang utk melangkah setapak lagi.
Kami berjaya merampas takhta juara sebuah sekolah itu.
Senyuman tidak langsung terlucut sepanjang perjalanan pulang kami.
Bayangkan, pesaing kami bukanlah sekolah sebarang.
Sekolah Balai Ringin, ialah sebuah sekolah yg cukup digeruni dgn team pantunnya. Tetapi, lumrahnya, roda itu berputar. Jadi fikirkan..
Kegembiraan kami kongsikan bersama rakan-rakan tersayang juga.


 ( klik gambar utk tumbesaran yg lebih sihat ) 

Jadi disini, aku tinggalkan entry ini dengan gambar-gambar sepanjang perjuangan kami.
sebelum itu,
Beribu terima kasih kami kalungkan buat Cikgu yg melatih kami, Rakan-rakan seperjuangan dan juga guru setiap subject kerana memahami keadaan kami setiap kali meninggalkan kelas.
Sekali lagi, TERIMA KASIH :)



okey tu jer gambar yg boleh aku uploadkan.
kenapalah line internet nie slow sangat =,= haishhh
happy weekend ^^,

Love The Live I'm Living ^^,

Friday, March 30

Big Challenges



HELLO People! :)

This week, I'm quite busy =,= Tak sempat nak buat entry langsung.Walaupun kadang-kadang idea tu dtg mencurah-curah bagai sos burger yg dituang ke atas burger McD yg enak lagi berlemak.haha mulalah  merepek :]*tampar fifa skit.   So disebabkn arini byk free time, meh fifa buat cite skitt kat sini.

So, sekarang nie, my team PANTUN tengah giat berlatih utk  Pesta Pantun Samarahan'12 dkat SMK Asajaya2. Fifa selalu jgk la escape latihan sbb kami hanyalah simpanan.*sob,sob  Tapi tak kisahlah simpanan pon, janji dapat pegi nengok skolah org n tunjuk hebakk bpantun dlm kelas nanti .. hahahahaha *gelak jahat.
***
Alkisahnya , pagi tadi masuklah daku ke Lab utk science subject.Masuk-masuk jer fifa terus takder mood --' and my teacher buatkan fifa lagi triple takder mood. Dia tau yg fifa sangat-sangat-sangat suka subject and class dia, tapi bila tengok dia tak ceria and tak sihat arini, rasa nak tetido pon ada jgak. Dahla fifa tak paham pasal Reproduction of plants sbb ponteng class aritu. Tapi takperla, org baru-baru pregnant memang camtu kannn =..=
****
Before balik tadi, satu class kena jumpa pengetua utk dengar beliau lecture pasal exam aritu. Fifa cuma dapat collect 5A, 2B n tuttt , satu huruf lagi dirahsiakan . malu beb >.< hurmm fifa pasrahkan ajerla telinga  kat beliau.Tapi dlm hati nyesal gak sbb study main-main aritu.

So, ape-ape pon, tolong doakan kitaorang menang PANTUN nanti yer.Kalau menang dptla kitaorg pegi Limbang,Sarawak :) haha..okey, see you soon.
Assalamualaikum people ^^,

Love The Live I'm Living ^^,

Thursday, March 22

KAU TAK COUPLE, KAU FOREVER ALONE.



Hey yo! wassup. aku boring tengah2 hari nie.  Nape la koko batal hari nie kan? *dlm ati suka
hahaha okey, harini mari kita bukak topik pasal,

''KAU TAK COUPLE, KAU FOREVER ALONE LA WEYH!.''

Yang arif, aku sgt2 bangkang statment ngok nie. I'm not agree, full stop.
why? korang ingat tak couple nie, forever alone sgt ker ha? Alkisahnya, BFF aku yg tak ada couple sampai skrang seperti Raihan, Biha dan Nana takder pon terasa forever alone pon. Same goes with me!. We still have Allah, parents, friends and enemy.Forever alone ker camtu?? Aku rasa tak kan :) Meh aku tambah lagi, cousion2 aku yg almost sepuluh org  still single mingle tu takder pon terasa alone plus diaorg tak pon tehegeh-hegeh mcm segelintir girls tu.
so, korang better fikir dulu sebelum buat statment sengal mengal mcm nie.

Ha, tu dia sedikit bangkangan aku tentang forever alone nie. Still lagi nak kata aku forever alone? You can godaaaiiii la *broken habiss.
Sebenarnya kami bukanlah girls yg terlalu memilih atau tidak laku.We choose a boy that can brings us to the Al-Jannah, insyallah :)

Jadi motif aku buat entry nie? Aku just tak nak org terlalu berfikiran cetek dan mensia-siakan masa muda yg sweet gitu! hoyehhh..  Adakah kenyataan saya betul? 
hahahaha 
okey, bye .



Love The Live I'm Living ^^,

Sunday, March 18

Freebies For You :D

Hello people.
so, harini last day cuti. 
Harghhh menyampahnya aku. Esok dah kena bangun pagi2, pegi sekolah, balik lambat, petang ada Koko lagi. Sometimes I'm feeling Dying with this things.

Okey, lupakan pasal esok naik sekolah skejap.
Harini, dengan terasa baiknya aku nak bagi freebies utk korang. Yelah sebelum2 nie mana lah penah aku buat freebies nie kan. Sebab tu la followers aku ciput jer.
 Okey, take this people;
(click right and save image as )
 
|
|
|
|
 
 
 





 Yang nie Quotes yg dipetik dlm satu novel karya Hlovate. Tittle dia aku dah tak ingat, tapi best laa :)



 Cute right?



k, tuh jer.
Have a nice day. Selamat kembali ke sekolah kpd budak2 sekolah mcm aku ^^,
assalamualaikum people :)

Love The Live I'm Living ^^,

Friday, March 16

awesome people :)

Hye people.
aku takder aper nak cite, cuma aku nak mintak tolong sikitt.
Tolong like pages nie bole tak?


alaa, bole la yer :) korang kan BAIK .

btw, nie bukan page aku tapi page Ain, kwn aku,.
Dia jgaklah yg selalu editkan blog aku sampai jadi AWESOME camni.
hehe, cantik bukan? 

Kalau korang nak buat tempahan jgak, korang bole pegi kat blog dia nie,


okey, dah kekeringan idea nie.
Bye :D

Love The Live I'm Living ^^,

Wednesday, March 7

AWAK KAWAN SAYA, SAYAKAN KAWAN AWAK


*gambar di atas tidak bermakna apa2 yer

Yer aku kawan kau.. kau pon kawan aku . Kita sama2 kawan.Tapi tak pernah lebih dari seorang kawan kan? LAlalaalala =.= ahaii tak lawak.

I'm the girl and you the boy .. oke saya perempuan. one more PEREMPUAN. *ahaa pelu ker caps lock? ohoii
Aku okey bilaa kawan ngn kau. kau lain dari yg lain. tapi yg penting kau bukan alien. ahakss! kau just unik di mata sepet aku..
Aku rabun, aku pakai spec dan kau normal.   Kau pandang aku semacam jer kan. Yelaa aku kan ala2 skema sikett. Okey, aku pengawas, tapi bila kau yg buat salah. aku tak sampai hati nak tegur.

Kau bukan boboiboy aku pon tapi kau tetap setia dengar problem aku. Aku pon suka dengar cite2 sweet kau ngn makwe kesayangan kau. Okey sebenarnye aku jelez.. Bukan jelez sbb tak dpat kau, tapi jelez tak der org nak kat aku ni kannn >,< haha okey bila kau sedih, kadang-kadang aku pon sedih jugak. Tapi bila aku rasa air mata aku dah nak meleleh, aku mulalah bukak cite lawak2 bodoh semedang aku tuu. 
 Jadi kat sini aku nak cakap betapa peritnya aku bila takder kau satu hari nanti.

=..= aku akan mcm berok gilerr dlm kelas kalau kau takder nak  tegor salah aku .
=..= aku tak tau laa kau tapi kalau kau tak text aku sehari, rasanya phone aku tu dah tak der fungsi kot.
=..= kalau tak nampak muka kau yg dah mcm sunburn tu, nanti aku pengsan *waa hebatnya aura kau 
=..= Dan aku tak tau laa mcm mane tanggapan kau kat aku nie tapi aku tetap nak jadi kawan kau selamanya ^^Y

tapi2,  thing yg aku tak suka pasal kau,  adalah apabila kau :
*panggil aku IFA *nie panggilan utk kerabat aku jer 
*kau buat2 takder masalah 
*kau buat bodoh mcm batu dalam kelas and sepatah pon tak tegur aku . Keciwaa aku 
Okey after this aku harap kau maklum dan faham laa kenapa aku nak kawan dgn kau.
Kau tu bukanlah unik sangat , tapi kau tuh special..  

p/s: sape org yg aku maksudkan nie, tak perlulah tahu. Just utk perkongsian jer sebab tak syok laa simpan sorangII.
okey, bye. aku nak pegi melantak Ikan masak tempoyak ibu aku japp :P 

Love The Live I'm Living ^^,

Monday, February 13

Family is my great Diamond :)







Hye, Entry nie memang tak der aper -_-
just nak cakap, aku kena balik Kedah 3,4 ari sebab nenek aku sakit >,<
Tadi, pas ayah aku balik keja, dia terus kta nenek aku sakit. Pasttu dia tnya nak ikot balik tak? Aku pon between two jgak. antara balik kpg dgn study and camping pengawas aku ..
And akhirnya, family aku utamakan :D
adik aku nak ikot balik kpg, tapi nak wat cmner, dia tinggal asrama.
sayu aku dengar dia talifon ckp ngan ibu aku tadi. Dia nangis laa plak 
Apepon tlong doakan aku selamat sampai kpg esok :)
jaoh nak travel esok nie .
Kuching --> KL.. KL--> Langkawi.. fuhh!~
Tapi ini namanya pengorbanan utk nenek aku yg tersayang ..

p/s: tlong doakan nenek aku sihat jer k:) tak nak hilang dia. :(  harap dia cepat baik.

Love The Live I'm Living ^^,

Monday, February 6

Love 5983 miles apart ;)

Hey peeps!
yaaa harini aku tertengok satu video kat Youtube nie..
A couple yg kenal kat Facebook than bercinta mcm tu laa lebih kurang :) mula2 diaorg main komen2 gambar kat Facebook than add Skye semua supaya diaorg sentiasa ader connection..
Tapi serious, diaorg sweet sgt.. And I hope I had one like that *mimpi



yeah! sweeet kan? ye sweet aku tau tuuu..
ahahaha apepun Aku harap diaorg couple than khawin la yer :)
so, maksiat tak la berleluasa okey? haha 
Okey, bye peeps..


p/s: Org2 Sarawak, jgn lupe sekolah esok sbb kita tak celebrate Thaipusam okeyy! 
Love you! wink wink*

Love The Live I'm Living ^^,

Sunday, February 5

Stop By Here :)

-Terhenti Di sini , Asfan -

Hey peeps :D
entry nie bkn laa entry yg nangis meleleh air mata, even aku baru single .
Yeah! akhirnya single jgak.. 
setelah ombak duri laut merah sumee aku tempoh. (ayat ta bole blahh kan?)
hehehe for me ta perlu sedih kot coz Allah always be here for me ^^
Aku tau yg baru bape ari lalu aku type entry anni kitaorg, tapi nmpaknye tu tak impact dan effect utk dia kot .. 
NEVERMIND I FIND SOMEONE LIKE YOU, Insyallah :) tapi hope yg afterthis lebih baek!


So, nak dijadikan cite, aku baru balik dari Sematan palm beach resort..
yaa buat aper lagi klau tak relax2 kan fikiran..
so, picture2 kat atas tuu antara yg smpat aku snap.. gambar kat pantai tader sbb tak smpat nak snap..
tapi seriously, Sematan is Awesome! Laut dia best gilerrr.
And sebab t'lampau best laa aku jdi hangus sekali lagi.. arghh so sadd :(
Okey, that all utk entry kali nie..
aku agak busy skrng nie ngn sekolah, so blog nie slalu terbiar.
tapi takper la.. okey, bye :)
opss! sory terlupa something.. Happy birthday utk kwn forever life aku, Syafiq :) may Allah always bless you kawan =D untung dia sambut birthday kat situ.. takper, asalkan kau happy fiq..

p/s: you know what, aper yg aku belajar dari my puppy love kali nie, materialistik tak membawa ke mana.. And one more, klau nak b'cinta, wallet mau kasi tgok dulu.. 
And I really love this word, " Boyfriend yg mitak topup kat Girlfriend tuu sgt tidak awesome :)" and Aku setuju 145% dgn word nie :D *Korang jgn tersentap plak erk.. word nie aku tak tujukan khas utk korang ponn :)

Love The Live I'm Living ^^,

Friday, January 20

Bop To The Top ^^ Grab This Golden Chance


Semalam adalah harinya ..
Dia cakap dgn aku yg dia nak balik rumah cepat
Puas aku fikir kenapa?
ouh rupanya keputusan masa depan kau dah keluar rupanya
Aku perhatikan kau ...
muka kau tegang macam orang dah tak cukup darah --'?
Akhirnya, ketegangan kau berakhir
Penat lelah kau buahkan hasil nampaknye
Kau diterima masuk Ke MRSM Kuching 
syukur Alhamdullialh :) sejuta ucapan tahniah menyembur di corong handphone kau :D

Tapi dgn tawaran ini, nampaknya kau akan tinggalkan aku utk ke 2 kalinya
Tapi aku redha sebab ini masa depan kau
jgn kau lepaskan peluang nie mcm yang pernah aku buat dulu
May Allah always bless you my Adik! :)

Dan dia juga ..
Dia dapat tawaran ke MRSM T'ganu utk truskan form 4
Tapi sedihnya, kau sembunyikan dari aku kan?
Sampainya hatikau :c
Kenapa la aku harus terima berita gembira nie dari mulut org lain dan bukan dari kau?
Takper la
Semoga kau juga terus berjaya di sana
May Allah always bless you Mr.A :)

Dan aku harap, Aku tidak selamanya ditinggalkan di ceruk ini ..
Aku juga ingin terbang seperti kalian ^^

p/s: jujur aku terkilan sikit dgn sumee keputusan ini :(
       Tpi ni takdir dari Allah. Pasti ada hikmahnya kan ?

Love The Live I'm Living ^^,

Thursday, January 19

Maafkanlah Bila Hati ini Tak Sempurna



Detik waktu terus berjalan, berhias gelap dan terang
Suka duka nangis dan tawa tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi, hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepadamu
Namun cinta dalam jiwa hanyalah padamu
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu
Dalam dada ku harap hanya dirimu yang bertahta...

p/s: rasa tenang sikit hari ini :) Alhamdullilah ..
Love The Live I'm Living ^^,

Tuesday, January 17

Miss This People ):

Hye korang :D
dah nak dua bulan kita skolah kan? kejap jer rasa..
and dlam masa dua bln tu, maknanya dah dua bulan la aku tinggalkan diaorg nie.. aku tau la post utk p'ngalaman cuti sekolah dah abis..
Tapi kenangan ngan diaorang tak kan abis kot .. *ok, pening jap :)

This people ---> Adibah Anas *wink..
lebih mesra aku panggil Kak Iba ^^ The eldest between others!
Rindu kat kak Iba sgt-II Yela sejak dia tak der ngn aku, tak der saper nak tegor aku kalau aku wat prngai hantu aku tu --' haha Dia tgh blajar driving skrang nie.. klau aku blik kpg nnti, bole la ajak dia pegi berjimba ^^

This people ---> Arman Ariff.. 
pernah mnjadi yg termuda dahulu, tapi kini tidak lagi.. aku suka main wrestling ngn bdak nie sbb dia tak pernah mengalah ^^ this boy year six taun nie.. so, aku harap dia dpt mewarisi 5A akak2 dia :)

This people ---> Athirah Anas
Yaya, org yg paling aku rindu sngt2.. pegi tusyen sama2, tido same2, tgok tv same2, ngumpat sama2..
bak kata org susah sng kat kpg tu bersama la :)  Aku janji ngan dia nak skolah same2 ngn dia taon depan. dia skola kat SMS Rembau :D so, korang tau la apa mksodnyer kan? aku kena la dpt 8A dlu PMR nie klau nak ikot skolah sekali ngn dier ^^ Tapi tak per, aku sahut cabaran tu :))

So agaknye, bila la aku nak jumpa korang balik kan?
whaaa soooo miss u all!! 

p/s: tadi aku pgi ushar page kat fb nie.. nama dia  Contengan Jalanan By Hlovate.. korang tau kan aku gilerr kat Hlovate nie.. sambil tu, aku t'jumpa la blog nie.. ! * Cool Story Bro * !.. bestla aku rase.post dier sumenya TERBAIK!!
dan dia juga mnggunakan prinsip '' sya bkn jenis suka follow org, tapi klau korang suka blog nie, t'pulang la kat korang nak follow ker tak''  Aku pon rase nak gna prinsip nie.. okey bye :)

Love The Live I'm Living ^^,